Orang muda buta sejarah!

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.

Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.

Teruskan membaca

81,000 anak luar nikah berdaftar membimbangkan – IIM

Sumber : Utusan Malaysia.

IPOH 29 Jun – Angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini merupakan perkembangan yang membimbangkan.

Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, antara punca yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial tersebut ialah penyaluran maklumat tanpa batasan dan perubahan budaya masyarakat.

Teruskan membaca

isu Gaza dan Aqsa : apa yang sebaiknya kita lakukan?

“ Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin, bukanlah dia dari kalangan mereka.” (al-Hadith )

Isu yang kembali menggegar dunia. Episod perjuangan Gaza semakin mendapat perhatian lebih-lebih lagi sejak peristiwa serangan Israel terhadap Konvoi Kebebasan Flotilla pada 31 Mei yang lepas. Kita mendapati, ramai pihak yang bangkit menyuarakan bantahan, tak kurang yang menyertai demonstrasi yang diadakan di segenap tempat di seluruh dunia. Mengutuk, menyatakan kemarahan terhadap keganasan yang dilakukan oleh Israel-Zionis. Semuanya bersatu, bersuara di atas satu matlamat yang sama, satu tujuan yang murni, iaitu membebaskan Gaza dan Aqsa dan menghentikan keganasan Israel-Zionis laktanullah terhadap warga Palestin.

Teruskan membaca

Seruan Kebaikan buat para Mahasiswa dan Mahasiswi di Perlembahan Nil



Pendahuluan

Alhamdullillah. Segala puja dan puji itu hanya layak ditujukan kepada Allah, s.w.t, Tuhan sekalian alam. Tuhan yang padanya makrifat akan sesuatu yang berlaku, baik sekitar pengetahuan manusia dan juga sekitar yang tak tercapai pancaindera. Puji-pujian penuh tunduk dihanturkan kepada-Nya, membesarkan Tuhan yang Maha Memahami hamba-hamba-Nya. Diiringi salam dan selawat ke atas Nabi s.a.w, yang begitu tabah dalam melayani karenah hidup di dunia. Seterusnya, berjaya membawa risalah rahmat dan kasih sayang ke seluruh jiwa manusia.

Standard Pemuda

Mahasiswa dan mahasiswi yang berjiwa besar,

Sesungguhnya, beruntunglah kita apabila terus diberikan rezeki untuk mengecapi zaman kepemudaan ini. Sela masa yang begitu signifikan dengan pengalaman-pengalaman dalam mengajar kita mengenal erti kesungguhan, semangat dan desakan emosi perjuangan.

Jika deruan semangat pemuda sudah diletuskan, sudah pasti, manusia seluruhnya akan menyaksikan tenaga dan keseriusan mereka dalam menjayakan sesuatu. Ibnu Abbas R.A, mengkhabarkan kita seputar kisah di Hari Badar, ketika mana Ar-Rasul menawarkan habuan kepada para prajurit yang banyak berjasa.
(Ar-Rasul bersabda : “Siapa yang telah melakukan sekian usaha, dan dia telah bergerak ke posisi tertentu, maka, layaklah baginya sejumlah harta rampasan perang ini”. Maka, melurulah pemuda-pemuda kepada baginda, sambil warga-warga tua kekal tidak berganjak.)

Dek kerana komposisi semangat dan kesungguhan inilah, standard pemuda telah diangkat darjatnya kepada suatu penghormatan yang tinggi. Banyak sekali kisah pemuda yang berani dan bersemangat dapat dilihat, seperti mana, yang dipilih Ibnu Abbas ini untuk dihayati bersama para pemuda generasi harapan.

(Ibnu Abbas R.A berkata : “ Allah tidak mendatangkan kepada kita seorang hamba yang berilmu melainkan ia adalah pemuda. Dan sesungguhnya, terlalu banyak kebaikan dapat dilihat pada pemuda. Kemudian, beliau membaca Kalamullah yang berbunyi : “ Mereka berkata bahawa kami mendengar seorang pemuda sedang memberi peringatan kepada mereka, di mana beliau dipanggil Ibrahim”)

Teruskan membaca

identiti Muslim Sejati ( siri 2 )- memiliki akhlak yang mantap.

Sesungguhnya telah ada bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat kelak serta ia banyak menyebut dan mengingati Allah .” ( al-Ahzab : 21 )

Akhlak adalah situasi atau keadaan sesuatu yang menetap di dalam jiwa. Dari sudut bahasa, perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-khulq) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga bererti agama itu sendiri. Dalam al-Quran disebutkan ‘al-khulq’ dalam firmanNya, “Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Al-Qalam:4) Manakala dari sudut istilah ulama’ sepertimana yang ditakrifkan oleh imam Al- Ghazali , “Akhlak adalah suatu ibarat mengenai unsur yang konkrit di dalam diri yang dengannya melahirkan tingkah laku secara spontan.” Maksudnya sesuatu sifat, perbuatan dan tindakan akan terbit dengan mudah dan senang tanpa perlu kepada pemikiran, penelitian dan paksaan.

Teruskan membaca

Kisah Parlo dan Bruto

Kisah Parlo dan Bruto

Pada zaman dahulu kala dua orang sepupu yang bercita-cita tinggi bernama Parlo dan Bruto tinggal berhampiran di dalam sebuah kampung yang kecil di Itali. Mereka berdua berkawan baik. Dan bercita-cita tinggi. Mereka akan berbual-bual tanpa henti tentang bagaimana suatu hari nanti mereka akan menjadi orang terkaya di kampung itu. Kedua-duanya bijak dan rajin. Apa yang mereka perlukan adalah peluang yang baik. Pada suatu hari peluang yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kampung itu  bercadang untuk mengupah dua orang lelaki untuk mengangkut air dari sungai yang berhampiran ke tangki air di tengah-tengah bandar tersebut. Kerja tersebut diserahkan kepada Parlo dan Bruto.

Teruskan membaca

Masih adakah Abu Bakar ?

“Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengusirnya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, ketika itu dia berkata kepada temannya, “Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya (Muhammad) dan membantunya dengan bala tentara ( malaikat-malaikat) yang tidak terlihat olehmu, dan Dia menjadikan seruan  orang-orang kafir itu rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” ( at-Taubah : 40 )

–          Kisah ketika Nabi saw ditemani saidina Abu Bakar r.a bersembunyi di dalam gua Tsur, ketika dikejar musyrikin Mekah.

Teruskan membaca